Saya ingin filem yang bagus,ungkapan cintanya dia - Sutradara itu.Lahirlah Bunohan; buat pecinta-pecinta filem yang tegas.Itu filem pertama katanya-selepas menolak Dukun yang tak kesampaian tuju-tujunya.
Seawal mengenali Dain said-orangnya cool.Walau kipas dalam bilik itu tak cukup kuasa menyejukkan serapan bahang panas luar.
Brickfields - 10 tahun yang lepas - dia muncul di ruang kecil saat kami berdiskusi tentang filem.Dia datang demi cintanya (tanggapan aku ketika itu) terhadap filem walau tidak pernah tahupun kami ini buta filem.Bagi ku bikin filem itu jalan pintas memiliki dunia.
Suara garau slanga British penuh seruang.Itu Dain Said walaupun tak mengenali aku.
Itu cerita aku.
Ini cerita Bunohan.
Kusam,buruk,basah lalu melekit - tapi sifat insan itu ada.Itu ada dalam jiwa Ilham dan Adil si Bunga Lalang dan juga Bakar - 3 watak adik beradik yang tak punya ikatan selayaknya sebagai bersaudara.
Berlatarkan kampung bernama Bunohan.Mereka berjumpa dalam satu konflik - berakhir dengan tragedi berdarah,kematian.Hasil testimoni pertembungan dua arus - tradisi dan moden.Namun tidak pula menang itu menjadi sang juara.
Ceritanya mudah,ada dalam diri kita-kemudian di ceritakan dengan gaya cerita yang kita mahu.
Dain Said juga mahu gaya ceritanya sendiri.Itu testimoninya melihat pertembungan budaya,dan dia tidak pula memihak.Mungkin dia tahu bahawa muncul moden itu harus ada yang dikorbankan.lalu tradisi itu akan bernostalgia.
Awal filem,jika sedar bagaimana pertembungan ini terjadi.Dua susuk bertali leher memancung watak seorang dukun sedang mengubat pesakitnya.Kemudian di sambut seorang lelaki dengan kertas plan - Pembangunan.Senyum mereka mesra.lalu seorang kanak-kanak berlari ke kelir wayang yang terkoyak.
Nah...testimoninya mudah bukan.selebihnya inti - mesti sedap jika mahu memiliki dunia.jadi kenapa harus di tulis lagi.
Ya!..kalau mahu tahu lebihnya.Tonton saja.
No comments:
Post a Comment