(1) NOKIA LUMIA 610...cool ke?
Mukadimah
Nokia lagi...lagi-lagi Nokia.Nokia...Nokia...Nokia.Takder lain ke?
Mungkin itu yang keluar dari mulut korang.takper...aku tak kecik hati punya.Korang pun nak tau kenapa aku asyik nak menangkan Nokia saja kan?
Sebelum aku jawap...biar aku bersih kan dulu laman sesawang aku yang dah bersawang ni.Lama seyy!!! aku tak menulis.Tangan pun jadi berat dan berkarat.Nak mulakan perkataan pertama tu pun dekat nak 5 minit jugak la kena fikir.Menaip nya tak sampai 5 saat.Macamtu la cabaran bila dah bersawang ala-ala banglo misteri kat Bukit Tunku.
Kenapa aku asyik-asyik nak cerita pasal Nokia?...senang jer nak jawap.Sebab aku dapat telepon Nokia jer nak direview dan minat aku dengan telefon pintar jenama Nokia berbanding dari jenama lain.apa sebab?...nanti-nanti aku cerita.
keduanya sebab Nokia jenama telefon yang paling lama pernah aku pakai.Alaaa...korang pun apa kurangnya.Kebanyakkan penguna telefon gengam (hp) kat Malaysia ni bermula dengan jenama Nokia.Sapa tak kenal Nokia 3310,Nokia 3210...Pernah dengar Nokia pisang tak?
Setakat itu Mukadimah aku sebagai pemanas jari.Noktah.
Rebiu
1-Sekarang aku nak review Nokia Lumia 610.Baru saja dijual untuk pasaran malaysia.(bulan Julai).kalau nak spesifikasi Nokia Lumia 610 dengan lebih terperinci...korang cari la kat lebai google dot kom.
2-Lumia 610 ni adalah yang paling murah dalam keluarga telefon pintar Nokia.Aku amat syorkan kepada pelajar universiti terutamanya.kalau nak sangat bergaya dengan telefon cangih sambil mendefisitkan duit PTPTN korang...beli lah telefon ni.Dari korang berabis ribu-ribu beli telefon jenama lain.
3-Lumia 610 ni cukup bergaya dah kalau korang nak tunjuk kat awek/balak korang.Rekebentuk nya pun dah mengancam.Tak malu la nak pegang sambil berjalan aka menunjuk.Apa ada hal...ada empat pilihan warna yang ditawarkan.Putih (yang aku review),merah,biru dan hitam.Boleh pilih untuk citarasa yang sesuai dengan watak dan keterampilan anda....cewah!!!
4-Aiseymen...korang jangan la marah pulak.Memang la aku cadangkan kat pelajar yang ambil PTPTN Lumia 610 ni.Tapi kalau korang yang bukan pelajar pun boleh juga nak pakai.Takder masalah pun.Sila...sila.
5-Cuma kenapa aku tak cadangkan dekat yang dah bekerja dan penguna tegar aplikasi dalam telefon pintar,Lumia 610 ni kurang sesuai untuk korang...kenapa?Korang baca la sampai habis dulu...jangan lupa komen tau :)
6-Oh ya!...lupa nak bagi tau harga.Untuk pasaran Malaysia harga Lumia 610 ni serendah RM699 sahaja.Dengan dijana kuasakan operasi windows phone 7.5 Mango. Amat berbaloi untuk dimiliki.Murah tu.
Lebihnya
1-Kelebihan perdana Nokia 610 ni bagi aku adalah dari segi harga.Untuk sebuah telefon pintar yang menepati piawaian,Lumia 610 ni boleh dikatakan murah dan bijak beli.Apa yang sepatutnya ada dalam sebuah telefon pintar,tersedia dalam Lumia 610 ni.Tak kalah dengan telefon pintar yang lain walaupun dengan spesifikasi yang lebih rendah.memang cool.
2-Dari pandangan mata aku yang menawan ni,rekebentuk Lumia 610 ni memang cun dengan empat pilihan warna.Tak petak macam kelas Lumia yang lain.(yang lebih mahal).Kedudukan butang-butang (kamera,bukatup dan suara) terletak dekat sisi.Memula agak canggung(mendonan) jugak la.Sebab dah terbiasa butang buka/tutup kat atas.Dah lama pakai makin senang pula.Mudah dicapai walau dengan sebelah tangan.
3-Telefon ni masih dalam kategori nipis - sedap dipegang.Bila simpan dalam poket pun selesa.Senang cakap...saiz Lumia 610 ni selesa la.Tak lah gedabak macam jenama dari negara K-Pop yang sebesar pelempang tu...ala,yang itu la.Korang faham maksud aku kan.Cool woo!!!
4-Penutup telefon ni bole dibuka.Macam tu la juga baterinya.jarang telefon pintar keluaran terbaru boleh dibuka.Kalau yang suka sangat telefon dia penuh aksesori,aku nasihatkan korang buat la kerja berfaedah sikit...bercucuk tanam ke,baking ke...lagi banyak faedah dari menghabiskan duit mencantik kan telefon korang sampai bereben bagai tu.
5-Walaupun dispesifikasi sebagai telefon pintar papan bawah (harga bajet) tapi dari segi aplikasi,sama apa yang ada dalam keluarga Lumia lain (papan atas).Semua aplikasi basic Nokia ada dalam Lumia 610 ni-Nokia Maps,Nokia drive dan Nokia Music.
6-Dalam melayari internet,Lumia 610 tak lah selancar dari kelas Lumia yang spesifikasinya lebih tinggi.Bukan bermaksud tak boleh,ibarat Proton wira 1.3 dengan VW Passat.Kalau bawak balik kampung tak ada beza pun,sama-sama boleh sampai.Cuma siapa yang sampai dulu la.Jadi korang tak payah risau dengan spesifikasi rendah masih boleh guna dengan bagus sambil naik kereta proton saga 1.3.
7-Selain itu, Nokia Lumia 610 juga dilengkapi dengan kamera 5 MP, 2592х1944 piksel dengan ciri autofocus.Mempunyai flash LED serta dilengkapi juga dengan fungsi video 720p@30fps dengan ciri geo-tagging dan face detection.Hasil gambarnya sederhana sahaja bersesuaian dengan kamera 5mp nya.
8-Apa yang menarik,gambar yang diambil tidak bergegar walaupun ketika tengah berlari (perlahan/jogging).Kalau lari dengan laju,mustahil tak bergegar kan.Itu kena ikut lojik akal jugak la kan.Boleh lihat contoh gambar di bawah.
10-Kalau guna fon telinga (ear phone),aku berpuasa hati la.Cuma bunyi bass agak kurang la.Mid range aku suka.Jelas...ye la,bass dah tengelam kot.Kalau korang jenis ambil pusing pasal bunyi yang keluar,korang beli la fon telinga jenama lain yang mahal.Harman Kardon ke...kan.Jenis fon telinga lagi mahal dari telefon.Boleh gitu???
Alamak!!!...bersambung la pulak.
No comments:
Post a Comment